ermm..skrg sya buat blog baru...
tautanukhwah.blogspot.com.....
Saturday, December 26, 2009
Posted by Muhammad Ammar Hashim at 3:26 PM 0 comments
Tuesday, December 22, 2009
MUSLIM INTENSIVE TRAINING SIRI 3/09
Posted by Muhammad Ammar Hashim at 6:29 PM 0 comments
Wednesday, December 16, 2009
semalam aku melangkah ke masjid time maghrib. time2 pas solat tu, aku duduk di belakang masjid, nak buat perancangan time cuti..tiba2 datang seorng budak kepadaku, lalu mula bercerita denganku.
Dia ( yang pakai baju putih lengan biru ) bertanya ttg agama, mcm mana nak solat, ttg Allah..petah sungguh. terhibur juga hati yg time tu mmg tgh doownn gile. "sharizan namaku," apabila ditanya namanya..
bila ditanya mana bapanya, dia menjawab "bapaku di rumah, aku dtg seorang."
subhanallah. seorang anak sekecil itu ( darjah tiga ) mampu datang ke masjid dan menunaikan solat berjemaah bersama rakan-rakannya, sungguh membuat aku muhasabah diri sebentar. dia gigih datang ke masjid untuk solat, bersungguh mendalami ilmu solat, yang aku ne, sibuk memikirkan benda yang bukan hakku untuk menentukan.
mereka yang kecil ini lebih suci daripada aku, kerana kurangnya dosa dan maksiat yang mereka lakukan. ntah2 takda dosa lagi sebab belum baligh.
he, malam ne ble jumpa mereka lagi..harap2 lah..
Posted by Muhammad Ammar Hashim at 7:30 PM 0 comments
Tuesday, December 15, 2009
Setanggi Syurga
Artist: In-Team Song Category: Nasyid
Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati
Tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman
Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung
Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung
(Kerna awan itu rapuh)
Bahagia buat mereka
Yang bertemu cinta yang teragung
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi
Dendam tak marak menyala dan membakar
Oleh putih salju yang berguguran
Kerna dosa itu Lebih hitam dan kelam
Ku anyam rindu menjadi hamparan
Kerna ku pasti adanya pertemuan
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan
Tak bertemu pengucapan
Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati
Kata janjiMu...
Seharum setanggi syurga
Posted by Muhammad Ammar Hashim at 4:43 PM 0 comments
Wednesday, December 9, 2009
RINTIHAN..
post ini ditujukan kepada diri sendiri yg selalu alpa dan mudah mengalirkan airmata...
tak kira siapa, di mana, walaubagaimana, apa, pasti kita akan tergamit rasa rindu tak kira kepada siapa dan apa. rindu yang bertandang tidak diundang, pulangnya tidak berhantar, datangnya mengusik kalbu, kadang2 hati diulit sedu..
apa rasanya, bila kita tahu yang kita takkan bertemu dengan si dia dalam memori lagi...
no words can describe it..nor a picture, even thousands of pictures...
not even a song, nor a thousands of songs..
tapi bagi insan yang terpilih, rindunya diadu kepada Rabbnya...airmatanya mengalir, tanda ketidakmampuannya untuk melawan takdir...rebahnya tanda menyesal atas perbuatan silam..doanya hanya agar dapat dipertemukan di syurga kelak...
lantas dia bangkit, menegakkan agama...tegas kata2 yang meniti dari bibir, lemah lembut bila bersahabat, namun garang laksana singa di medan perjuangan.. nampak teguh pada luarannya, begiu juga hatinya cekal menerima kehilangan...
sabarlah hati...pujuk dirimu sendiri...ingatlah, hanya Dia yang berkuasa atas segala2nya...
jangan pernah ragu dengan janji Tuhanmu...
Posted by Muhammad Ammar Hashim at 7:21 PM 0 comments
ceRiTa kiTa..
pagi ahad/6 Disember 2009/4.59 pagi
aku bangun tidur..alhamdulillah, dapat bangun sendiri ( sebab aku tidur sorang2 kat sf6 )..capai tuala, pergi bilik air..mandi dulu..
memang pukul 5 pagi kalau kat mrsm, aku mandi...tak kira pagi atau petang, mesti mandi jam 5...habit dari form 1 lagi..hehehe
dah mandi ne, wangi2 dah...jalan gi surau..panjang jugak langkah ne, sebab cikgu abu dah mula baca surah yasin...jadi rutin baru pulak, time2 spm ne rajin baca yasin...hehehe
aku pun solat...usai solat, aku capai matsurat..tiba2, hidung rasa len macam...
huu...
HHHAAAACHHUUMMM!!!
bergema suara bersinku kat surau tue..
and siri bersin ne terus berlaku sepanjang 40 minit aku di surau...huhu, sejuk bha...dah mandi awal kan, memang la sejuk..tak tau la berapa puluh kali aku bersin pagi tu jak...hehe...ada orang rindu kot..(",)
ntah la, lawakjugak peristiwa ne bagi aku...malu tul kat cikgu abu, semua student tengok..kalau sekali bersin takpa jugak, ne berpuluh kali...hehe...ada hikmahnya kot, ada habuk kat dalam hidung kot...hehe
....
he=)
Posted by Muhammad Ammar Hashim at 3:35 AM 0 comments
Saturday, November 7, 2009
PERJALANAN..
perjalanan..
apa tu?
apa yang dimaksudkan dengan perjalanan..?
ke mana?
semua persoalan2 di atas bersifat subjektif...hanya diri sendiri yang boleh jawab..kalau kita tanya si A, arah perjalanannya lain daripada si B. si B pulak lain arah perjalannya dari si C.
banyak manusia, banyak jalan yang ditempuh. sebagaimana jalan para sahabat menegakkan Islam pada zaman dahulu, juga jalan-jalan syaitan yang senitasa mengajak manusia ke arah kesesatan. akhirnya jalan2 yang banyak dan bersimpang siur,lurus dan sebagainya akan bercantum pada dua hala tuju.
syurga atau neraka.
Maka kita diberi pilihan, sama ada untuk memilih jalan ke syurga atau jalan ke neraka. ada orang yang berada di jalan menuju neraka sepanjang hidupnya...sehinggakan semakin hari, semakin hampir dia dengan neraka hanya tinggal sehasta ( klu x silap )..namun takdir Allah mendahuluinya, tiba2 dia digerakkan untuk melakukan amalan ahli syurga lalu Allah mnyelamatkannya dari neraka..ada juga seorang ahli ibadah yg menghabiskan hidupnya dengan amaln2 ahli syurga..namun takdir Allah mendahuluinya, lantas dia beramal dengan amalan ahli neraka lalu Allah mencampakkannya ke dalam neraka..na'udzubillah...
betapa beruntungya orang2 yg dimuliakanNya, dan betapa rugi orang2 yg dihinakanNya di padang mahsyar kelak..
semoga kita termasuk dalam kalangan orang2 yg dimulaikan Allah..amiin..
Posted by Muhammad Ammar Hashim at 11:15 PM 0 comments
Saturday, October 31, 2009
cuba refleks...
siapa sayang kita?
rasanya semua tahu, ibu bapa sayangkan kita..
mungkin ada insan lain yg meletakkan kita sebagai insan teristimewa di hatinya...
ada kawan2 yg memahami, yg selalu mndampingi, memberi nasihat dikala memerlukan dan memberi teguran di saat kelekaan..
ya, semua ( almost semua ) oraang sayang kita,apalagi insan terhampir dgn kita..
tpi..Allah sayang lebih dari kasih seorang ibu kepada anaknya..
Allah sentiasa dekat, sentiasa menemani kita walaupun Dia sibuk..numun sejauh mana kita menyayangiNya..?
Allah dah beri peluang untuk kita berubah, tpi kita sia-siakan...( aku )
seringkali kita menzalimi diri sendiri..
sudahlah. berhentilah.
Posted by Muhammad Ammar Hashim at 7:58 PM 0 comments
. . . . . . .
semalam sya baring2 di katil..tak dapat terlelap....hati risau....risau sgt, tp xtau apa yg dirisaukan....he, sbenarnya byk prkara yg bermain di hati ni...mungkin ada hikmah di sebalik kondisiku sekarang ( flashback kata2 abg taufik masa kol dia hari tu)..em, risau sbb xbyk dh kerja di jalan Allah skrg...wlupun tgh cuba sedaya upaya kekalkan hubungan dgn Allah, tp kdg2 ( selalu sbnrnya ) terleka...
berhabis lagi terleka tu...huhu...
bila kenang balik dosa2 lalu, teringat pulak " aduh, bodohnya aku ne..!"
tak ingat y lain masa tu, terlalu layan angan2 dan hasutan syaitan laknatullah tu..
nafsu itu selalu mengikut peerintah syaitan..
andaikata kehendak nafsu itu berlawanan dgn ambisi syaitan, maka pasti nafsu akan bersungguh2 memeranginya, mengingkari segala hasutannya...
tapi..segala yg Allah jadikan itu ada hikmahnya....
salah diri sya lah, sbb terikut2 dgn nafsu dan syaitan..syaitan pun gelak terbahak2 saat sya kecundang di jalan maksiat..
HAHAHAHAHA..( mungkin begitulah ketawanya syaitan...)
siapa yg rugi...?? kita..sya la secara lebih spesifik lagi..rugi sgt2, sbb tidak mengisi masa lalu unk menghayati perintah Allah, berjuang utk agama..rugi tak tidur malam, tidak digunakan utk menghinakan diri di hadapanNya...
. . . . . .
tidak ada seorang beriman yang tidak mempunyai masa silam...
tidak ada seorang yg berdosa yg tidak mempunyai masa hadapan..
renungkanlah, wahai hati...janganlah berputus asa dari rahmat Tuhanmu....
Posted by Muhammad Ammar Hashim at 12:41 AM 0 comments
Friday, October 9, 2009
afwan..=P
sory2x dah lama tak update blog ne..hehe..xda yang bca pun, he...tapi takpalah..
emm...ingat nak buat sedikit perubahan pada blog ini..nak buat komik bersiri kot, he....insyaAllah, saya akan buat komik tu selepas SPM..and nak promote barang sikit...hehe..barang apa?? tunggu la..he..
em, kepada pembaca sekalian, tolong doakan saya agar berjaya dalam SPM tahun ini...and doakan agar saya berubah menjadi lebih baik dari sebelum ini...
jazakallahu khaira...! (",)
Posted by Muhammad Ammar Hashim at 7:12 AM 0 comments

