semalam aku melangkah ke masjid time maghrib. time2 pas solat tu, aku duduk di belakang masjid, nak buat perancangan time cuti..tiba2 datang seorng budak kepadaku, lalu mula bercerita denganku.
Dia ( yang pakai baju putih lengan biru ) bertanya ttg agama, mcm mana nak solat, ttg Allah..petah sungguh. terhibur juga hati yg time tu mmg tgh doownn gile. "sharizan namaku," apabila ditanya namanya..
bila ditanya mana bapanya, dia menjawab "bapaku di rumah, aku dtg seorang."
subhanallah. seorang anak sekecil itu ( darjah tiga ) mampu datang ke masjid dan menunaikan solat berjemaah bersama rakan-rakannya, sungguh membuat aku muhasabah diri sebentar. dia gigih datang ke masjid untuk solat, bersungguh mendalami ilmu solat, yang aku ne, sibuk memikirkan benda yang bukan hakku untuk menentukan.
mereka yang kecil ini lebih suci daripada aku, kerana kurangnya dosa dan maksiat yang mereka lakukan. ntah2 takda dosa lagi sebab belum baligh.
he, malam ne ble jumpa mereka lagi..harap2 lah..
Wednesday, December 16, 2009
Posted by Muhammad Ammar Hashim at 7:30 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment