pulang ke kampung halaman seolah tidak bererti...
terasa kosong..entahlah, melihat keadaan umat membuat diri ini tertanya, " Apa yang mampu aku lakukan..?" sedih bila melihat sahabat2 di luar sana..melihat kondisi mereka...mereka juga sepertiku, ingin menikmati keasyikan kehidupan remaja...namun tidak sedarkah mereka?
kata mereka ( mungkin juga diri ini )..remaja hanya sekali, jadi enjoy..!
namun hakikatnya, bukan sekali seperti yang diwara-warakan...
kehidupan remaja sebenarnya dua kali, seperti yang digambarkan dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w...apabila seorang nenek tua menangis apabila mendengar gurauan Baginda bahawa di dalam syurga tak ada orang tua sepertinya..( kalau tak silap lah ) namun apabila Nabi memberitahu bahawa di syurga semuanya akan kembali seperti usia remajanya, nenek itu gembira...
Allah Maha Adil kan?
di dunia kita dilarang itu ini..perkara2 yang disukai nafsu semuanya ditegahNya...tapi kalau direnungkan, terlalu banyak kebaikan yang kita dapat dengan hanya menghindarkan diri daripada perkara yang ditegahNya...dan kita akan dapat buat balik semua itu di syurga kelak...best kan?
jadi kenapa masih kekal dengan kehidupan yang melalaikan ini? tidakkah kita beriman dengan perkara ghaib? ( aku )
semoga kita cepat2 tersedar dari mimpi...mengikut cahaya petunjuk Ilahi agar kita memperoleh kemenangan...
Sunday, September 20, 2009
Posted by Muhammad Ammar Hashim at 9:45 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment