BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 7, 2009

PERJALANAN..

perjalanan..

apa tu?

apa yang dimaksudkan dengan perjalanan..?

ke mana?

semua persoalan2 di atas bersifat subjektif...hanya diri sendiri yang boleh jawab..kalau kita tanya si A, arah perjalanannya lain daripada si B. si B pulak lain arah perjalannya dari si C.

banyak manusia, banyak jalan yang ditempuh. sebagaimana jalan para sahabat menegakkan Islam pada zaman dahulu, juga jalan-jalan syaitan yang senitasa mengajak manusia ke arah kesesatan. akhirnya jalan2 yang banyak dan bersimpang siur,lurus dan sebagainya akan bercantum pada dua hala tuju.

syurga atau neraka.

Maka kita diberi pilihan, sama ada untuk memilih jalan ke syurga atau jalan ke neraka. ada orang yang berada di jalan menuju neraka sepanjang hidupnya...sehinggakan semakin hari, semakin hampir dia dengan neraka hanya tinggal sehasta ( klu x silap )..namun takdir Allah mendahuluinya, tiba2 dia digerakkan untuk melakukan amalan ahli syurga lalu Allah mnyelamatkannya dari neraka..ada juga seorang ahli ibadah yg menghabiskan hidupnya dengan amaln2 ahli syurga..namun takdir Allah mendahuluinya, lantas dia beramal dengan amalan ahli neraka lalu Allah mencampakkannya ke dalam neraka..na'udzubillah...

betapa beruntungya orang2 yg dimuliakanNya, dan betapa rugi orang2 yg dihinakanNya di padang mahsyar kelak..

semoga kita termasuk dalam kalangan orang2 yg dimulaikan Allah..amiin..

Saturday, October 31, 2009



cuba refleks...

siapa sayang kita?

rasanya semua tahu, ibu bapa sayangkan kita..

mungkin ada insan lain yg meletakkan kita sebagai insan teristimewa di hatinya...

ada kawan2 yg memahami, yg selalu mndampingi, memberi nasihat dikala memerlukan dan memberi teguran di saat kelekaan..

ya, semua ( almost semua ) oraang sayang kita,apalagi insan terhampir dgn kita..

tpi..Allah sayang lebih dari kasih seorang ibu kepada anaknya..

Allah sentiasa dekat, sentiasa menemani kita walaupun Dia sibuk..numun sejauh mana kita menyayangiNya..?

Allah dah beri peluang untuk kita berubah, tpi kita sia-siakan...( aku )

seringkali kita menzalimi diri sendiri..

sudahlah. berhentilah.

. . . . . . .

semalam sya baring2 di katil..tak dapat terlelap....hati risau....risau sgt, tp xtau apa yg dirisaukan....he, sbenarnya byk prkara yg bermain di hati ni...mungkin ada hikmah di sebalik kondisiku sekarang ( flashback kata2 abg taufik masa kol dia hari tu)..em, risau sbb xbyk dh kerja di jalan Allah skrg...wlupun tgh cuba sedaya upaya kekalkan hubungan dgn Allah, tp kdg2 ( selalu sbnrnya ) terleka...

berhabis lagi terleka tu...huhu...

bila kenang balik dosa2 lalu, teringat pulak " aduh, bodohnya aku ne..!"
tak ingat y lain masa tu, terlalu layan angan2 dan hasutan syaitan laknatullah tu..

nafsu itu selalu mengikut peerintah syaitan..

andaikata kehendak nafsu itu berlawanan dgn ambisi syaitan, maka pasti nafsu akan bersungguh2 memeranginya, mengingkari segala hasutannya...

tapi..segala yg Allah jadikan itu ada hikmahnya....

salah diri sya lah, sbb terikut2 dgn nafsu dan syaitan..syaitan pun gelak terbahak2 saat sya kecundang di jalan maksiat..


HAHAHAHAHA..( mungkin begitulah ketawanya syaitan...)

siapa yg rugi...?? kita..sya la secara lebih spesifik lagi..rugi sgt2, sbb tidak mengisi masa lalu unk menghayati perintah Allah, berjuang utk agama..rugi tak tidur malam, tidak digunakan utk menghinakan diri di hadapanNya...

. . . . . .

tidak ada seorang beriman yang tidak mempunyai masa silam...

tidak ada seorang yg berdosa yg tidak mempunyai masa hadapan..


renungkanlah, wahai hati...janganlah berputus asa dari rahmat Tuhanmu....

Friday, October 9, 2009

afwan..=P

sory2x dah lama tak update blog ne..hehe..xda yang bca pun, he...tapi takpalah..

emm...ingat nak buat sedikit perubahan pada blog ini..nak buat komik bersiri kot, he....insyaAllah, saya akan buat komik tu selepas SPM..and nak promote barang sikit...hehe..barang apa?? tunggu la..he..

em, kepada pembaca sekalian, tolong doakan saya agar berjaya dalam SPM tahun ini...and doakan agar saya berubah menjadi lebih baik dari sebelum ini...


jazakallahu khaira...! (",)

Sunday, September 20, 2009

pulang ke kampung halaman seolah tidak bererti...
terasa kosong..entahlah, melihat keadaan umat membuat diri ini tertanya, " Apa yang mampu aku lakukan..?" sedih bila melihat sahabat2 di luar sana..melihat kondisi mereka...mereka juga sepertiku, ingin menikmati keasyikan kehidupan remaja...namun tidak sedarkah mereka?

kata mereka ( mungkin juga diri ini )..remaja hanya sekali, jadi enjoy..!

namun hakikatnya, bukan sekali seperti yang diwara-warakan...

kehidupan remaja sebenarnya dua kali, seperti yang digambarkan dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w...apabila seorang nenek tua menangis apabila mendengar gurauan Baginda bahawa di dalam syurga tak ada orang tua sepertinya..( kalau tak silap lah ) namun apabila Nabi memberitahu bahawa di syurga semuanya akan kembali seperti usia remajanya, nenek itu gembira...

Allah Maha Adil kan?

di dunia kita dilarang itu ini..perkara2 yang disukai nafsu semuanya ditegahNya...tapi kalau direnungkan, terlalu banyak kebaikan yang kita dapat dengan hanya menghindarkan diri daripada perkara yang ditegahNya...dan kita akan dapat buat balik semua itu di syurga kelak...best kan?

jadi kenapa masih kekal dengan kehidupan yang melalaikan ini? tidakkah kita beriman dengan perkara ghaib? ( aku )

semoga kita cepat2 tersedar dari mimpi...mengikut cahaya petunjuk Ilahi agar kita memperoleh kemenangan...

Sunday, September 6, 2009

4 perkara lebih baik...

rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

"ada empat perkara dipandang baik tetapi ada empat perkara lagi yang dipandang lebih baik:

1. sifat malu seorang lelaki adlh baik tetapi sifat malu seorang perempuan adlh lebih baik.
2. keadilan drpd setiap orang adlh baik tetapi keadilan drpd seorang pemimpin adlh lebih baik.
3. taubat bagi orang tua adlh baik tetapi taubat bagi orang muda adlh lebih baik.
4. sedekah drpd orang kaya adlh baik tetapi sedekah drpd orang fakir adlh lebih baik."

sumber: Buleti Shoutul Iman PERPPIS

Sunday, August 30, 2009

CuTi dH HbiS...

tak terasa, cuti seminggu dah sampai ke penghujungnya..entah, terasa kosong cuti ini, tak ada apa2 yang dibuat utk agama. risau di hati ( trial MARA dh sampai ), utk brhadapan dgn dugaan di sekolah tercinta. namun langkah tetap diteruskan, hati dipujuk supaya bersabar mngnempuh segala cabaran. trial bukan penghalang. kepada sahabat2, doakan saya..

Friday, August 28, 2009

MUSLIMAH..

http://www.hanan.com.my/article.php?sid=1311

Alhamdulillah.

A simple word, yet it's difficult for certain people to utter it. And why?

Let's just think positive...

pagi tadi keluar ke bandar atas suatu urusan. Sebenarnya malas tul nak keluar, lagi2 hmwork tak siap2..(malas kan,he)..

melihat masyarakat luar, terasa sesak mata memandang. dugaan cukup byk, even bulan puasa. kadang2 terdetik risau di hati, kadang2 dibiar saja.

tiba2, mata menangkap seorang perempuan buta sebelah matanya..

kemudian, seorang lelaki tempang melintas jalan bandar yang sesak..

terdetik di hati, "ALHAMDULILLAH, Allah masih pinjamkan kita hartaNya..masih Allah pinjamkan mata utk melihat, kaki utk berjalan dgn sempurna.."

Alhamdulillah, Allah masih sayang kpdku..

namun masih kita melakukan maksiat!!

kalaulah hijab pada mata kita dibuka, pasti kita dapat melihat, betapa diri kita berlumuran dosa...

Ya Allah ampunilah dosa kami....kurniakanlah kami kesempatan utk mengingatiMu setiap masa...pilihlah kami ya Tuhan..

Thursday, August 27, 2009

peRjaLanaN...


''oh perjalanan kita masih jauh
jalanan berliku bakal kita tempuh
imbaslah kenangan semalam
jadi azimat penguat semangat
menempuh masa hadapan
harapanku kau kan bahagia selalu...''
ne gambar adikku..baru darjah 4, he..kami baru pulang dari kedai..
bila nampak jalan yang lurus, teringat pula liku-liku kehidupan yang kita semua hadapi..tak lurus macam jalan raya..memang ada jalan yang mudah, jalan yang seronok kita nikmati..tapi there's one other way that have many curves here and there...many obstacles..but it's the only way, to archieve MARDHATILLAH...